Cara Buat Perabot Taman Kayu Palet – Menggunakan 45 Kayu Palet

Advertisements

Kreativiti!
Ya, itulah perkataannya.

Apabila anda membuat carian di laman web atau melihat di sekitar anda, anda akan menjumpai banyak benda cantik yang boleh anda cipta menggunakan barangan di sekitar anda tanpa perlu berbelanja besar.

Antara peralatan yang boleh anda cipta dengan kreativiti anda adalah kayu palet.

Saya tahu apa yang anda fikirkan, tapi ya! Selain daripada membuat unggun api dan memberikan anda kehangatan, kayu palet juga boleh digunakan dalam banyak cara lain.

Satu cara kreatif anda boleh menggunakan kayu palet dan akan bersyukur kerana anda memanfaatkannya adalah dengan mengubah suai taman anda.

Advertisements

Untuk projek ini, anda akan memerlukan kira-kira 45 batang kayu palet dan…

  • Berus cat roller dan dulang cat yang kecil
  • Berus atau penyembur cat (lebih bagus)
  • Cat kapur perabot taman
  • Drill elektrik dengan skru
  • Kusyen

Kemudian, anda boleh mengubah taman anda dalam hanya beberapa jam.

Pergi ke laman seterusnya untuk melihat cara anda boleh melakukannya.

Bersih dan gosok semua kayu palet dengan kertas pasir.


Tugas ini lebih mudah sekiranya anda mempunyai mesin pengamplas kayu, tapi jika tiada, anda boleh menggosoknya secara manual. Mungkin, ia agak remeh tetapi hasil akhirnya berbaloi dengan peluh dan air mata anda.

Sponsored Links

Selepas itu, cat semua palet dengan warna pilihan anda. Untuk mendapatkan rekaan gaya Inggeris, kami sarankan anda memilih warna putih. Jika anda mahu membuatkan taman nampak lebih luas, pilih warna lembut seperti warna pastel.

Penyembur cat automatik akan membuatkan tugasan ini lebih pantas. Namun, saya cadangkan anda untuk menyewa atau meminjam satu penyembur dari rakan anda kerana masa yang diperlukan untuk mengecat 45 kayu palet dengan berus cat tidaklah menyenangkan.

Selepas anda mengecat palet anda, biarkan ia kering selama 24 jam.

Sekarang, masa untuk memakukan kayu palet anda.

Ia lebih bagus sekiranya anda membuat lakaran rekaan taman mengikut keinginan anda. Ini akan memberikan kepada anda idea tentang berapa banyak kayu palet yang anda perlukan dan di mana dan bagaimana untuk menyusunnya.


Selepas anda selesai meletakkannya di mana perlu dengan paku dan gam kayu, langkah terakhir adalah hiasan.

Anda boleh menghias teres kayu anda dengan kusyen dan bantal berwarna-warni dan juga elemen hiasan yang lain untuk mendapatkan rupa taman yang hangat dan selesa seperti yang anda inginkan.

Sponsored Links

Siapa yang tak suka untuk berehat di teres kayu pada waktu petang yang redup? Saya sudah tentu suka. Sambil duduk bersembang, sambil minum teh dengan keluarga atau rakan-rakan!

Ya! Sekarang anda tahu yang anda boleh membuat sesuatu yang kreatif dan cantik dengan kayu palet tanpa perlu berbelanja besar.

Pada era DIY ini, ia sungguh bermanfaat untuk menemui benda kreatif yang boleh anda buat dengan objek-objek biasa di sekeliling anda.

anda mungkin suka ini:

Komen