Antara cara untuk meningkatkan tahap kecergasan anda adalah dengan melakukan senaman plank. Malah, ia dikatakan antara senaman terbaik untuk turunkan berat badan. Walaupun senaman berat badan ini juga menjadi antara yang paling dibenci kerana tahap kesukarannya, saya masih fikir yang ianya sangat bermanfaat. Selain daripada popular, senaman plank juga tidak memerlukan peralatan, membabitkan hanya beberapa kumpulan otot pada satu-satu masa dan anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja. Senaman plank sangat mudah dan praktikal untuk diamalkan dan membantu anda mencapai hasil yang luar biasa. Mari kita lihat beberapa faedah melakukan senaman plank setiap hari.
1/15. Kekuatan teras badan

Advertisements
Ini adalah faedah utama melakukan senaman plank setiap hari. Ada pelbagai kumpulan otot yang terlibat dalam melakukan aksi senaman plank. Antara kumpulan otot teras utama yang akan dimantapkan ialah: bahagian abdominus melintang, abdominus rektus, dan otot serong luaran. Kekuatan teras badan kita adalah amat penting terutamanya untuk memberikan sokongan dalam banyak aktiviti fizikal, jadi ianya sangat penting untuk kita membina kekuatan tersebut. Jadi, mari amalkan senaman plank setiap hari!
2/15. Pembentukan teras badan

Semua orang mahukan 6 pek di perut mereka – lelaki dan perempuan juga sama. Sudah tentu, mustahil untuk anda melakukan senaman plank setiap hari dan tidak kelihatan mantap secara fizikal. Senaman plank memberi anda manfaat dari segi penampilan fizikal yang lebih padu, iaitu anda akan mendapat 6 pek di abdomen anda! Lebih-lebih lagi, otot di bahagian tepi perut anda juga akan menerima definisi yang sangat indah! Ini boleh menjadi motivasi kepada mereka yang mahukan perut yang lebih mantap dan seksi!
3/15. Peningkatan stamina

Melakukan senaman plank setiap hari akan memberikan otot perut anda pengukuhan yang mencukupi yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi stamina anda. Setelah kumpulan otot ini diperkuatkan melalui senaman plank yang anda lakukan setiap hari, anda boleh melakukan tugas harian secara optimum, mengangkat beban dan objek yang lebih berat, dan melakukan aktiviti sukan lain dengan penuh ketangkasan. Ini adalah antara manfaat senaman plank yang ingin dinikmati oleh ramai orang.
4/15. Kekuatan belakang badan

Tidak seperti beberapa latihan berat badan lain (contohnya seperti senaman crunches yang bagus untuk perut, dll.) yang menyakitkan belakang anda, aktiviti plank pula akan membantu menguatkannya. Plank tidak memerlukan pergerakan yang besar dan kedudukan plank tersebut akan melatih otot belakang anda terutamanya bahagian atas belakang anda sambil meluruskan tulang belakang anda. Selain itu, oleh kerana bahagian pinggul anda turut terlibat, bahagian punggung bawah anda akan menjadi semakin kuat juga.
5/15. Metabolisme badan meningkat

Percaya atau tidak, senaman plank dapat membakar lebih banyak kalori daripada senaman untuk bahagian perut dan badan yang lain. Bagaimana caranya? Otot-otot yang telah anda latih melalui senaman plank akan terus terbakar walaupun semasa anda tidur. Selain itu, melakukan senaman plank setiap hari juga amat bermanfaat kepada orang yang menjalani gaya hidup yang tidak aktif. Anda boleh melakukannya semasa anda membaca, menonton TV, dan sebagainya, supaya anda dapat mengekalkan metabolisme anda sepanjang hari dan terus membakar kalori.
6/15. Menyokong kekuatan leher

Di samping memberikan sokongan belakang dan tulang belakang, melakukan aktiviti senaman plank setiap hari dapat menguatkan kumpulan otot yang bertanggungjawab untuk menyokong leher anda. Selain itu, senaman plank juga boleh menghilangkan sakit leher anda sambil mengurangkan risiko anda untuk mengalami sakit leher pada masa hadapan. Jadi, apa anda tunggu lagi? Jom amalkan senaman plank ini setiap hari.
7/15. Postur badan menjadi lebih baik

Jika anda mendapati diri anda membongkok apabila anda duduk atau berdiri, cuba lakukan senaman plank setiap hari. Memandangkan pose plank membantu meluruskan tulang belakang anda, ia akan meningkatkan postur anda dengan sangat baik. Oleh itu, jika anda menjalani gaya hidup yang tidak aktif atau bekerja di pejabat pukul ‘sembilan hingga lima’, pastikan anda memasukkan aktiviti plank dalam kalendar harian anda untuk memantapkan postur badan anda.
Sponsored Links
8/15. Imbangan badan lebih mantap

Apabila anda melakukan senaman plank setiap hari, anda menguatkan bahagian teras badan anda dengan keupayaan untuk menahan badan anda sambil melakukan pose imbangan. Anda akan perasan yang keseimbangan badan anda akan menjadi lebih baik selepas mengamalkan senaman jenis ini. Terdapat begitu banyak latihan yang menguatkan teras tetapi senaman plank adalah antara yang terbaik dan paling berkesan dalam memberikan kestabilan dan keseimbangan badan. Cuba gabungkan aksi plank anda dengan mengangkat sebelah kaki ke atas – ia lebih berkesan!
9/15. Mood lebih bagus

Mungkin ada orang (termasuk mereka yang sudah melakukan senaman plank setiap hari) yang tidak perasan bahawa senaman plank menawarkan manfaat kekuatan mental kepada mereka. Semasa anda mengekalkan postur plank anda, ia meregangkan kumpulan otot dan saraf yang bertanggungjawab untuk tekanan dan ketegangan dalam badan anda. Selain menenangkan otak, aktiviti plank juga telah terbukti memberikan kesan terapeutik yang positif untuk mengatasi masalah mental seperti kebimbangan dan kemurungan.
10/15. Bina kekuatan tulang

Kita semua tahu bahawa senaman sangat bagus untuk menguatkan tulang badan kita. Senaman plank juga begitu! Semasa anda mengekalkan postur plank , anda sedang menahan berat badan anda di mana postur ini bermanfaat untuk tulang anda. Hasilnya ialah semua tulang pada otot anda akan menjadi semakin kuat. Jadi, jika anda mahukan tulang yang padu, mungkin anda mahu mula melakukan senaman plank setiap hari mulai sekarang.
11/15. Bahagian pinggul menjadi lebih kuat

Satu lagi kumpulan otot penting yang mendapatkan manfaat daripada aktiviti senaman plank setiap hari adalah bahagian pinggul anda. Bahagian pinggul, atau otot glutes, terlibat secara aktif semasa anda melakukan senaman plank, terutamanya jika anda mengangkat satu kaki di atas di mana ia memberikan cabaran yang lebih besar. Secara perlahan-lahan, anda akan membentuk punggung anda dan menguatkan bahagian badan bawah anda. Jom cuba aktiviti plank dan amalkannya setiap hari.
12/15. Tingkatkan kekuatan bahu

Ucapkan selamat tinggal pada bahu yang lemah. Senaman plank dengan berkesannya dapat meregangkan otot di bahu anda. Dengan melakukan aktiviti plank setiap hari, bahu anda akan menjadi semakin kuat yang menyumbang kepada fleksibiliti yang lebih baik. Tambahan lagi, ia akan membolehkan anda mengendalikan tugas yang melibatkan bahu dengan lancar, contohnya, mengangkat objek berat. Selepas mengamalkan senaman ini, bahu anda akan menjadi lebih mantap dan kurang mengalami lenguh-lenguh.
13/15. Fleksibiliti badan lebih baik

Apabila anda melakukan senaman plank setiap hari, anda meregangkan banyak otot yang membolehkan anda bergerak dengan lebih baik. Selain itu, senaman plank juga membantu meningkatkan fleksibiliti di sekeliling teras badan yang membolehkan anda mudah membongkok atau memusing badan dengan selesa tanpa menyakitkan bahagian belakang dan tulang belakang anda. Sememangnya, ada banyak kebaikan senaman plank kepada tubuh badan anda – jangan lupa untuk mengamalkannya!
14/15. Sendi menjadi lebih baik

Senaman plank sememangnya sangat bermanfaat untuk mendapatkan teras badan yang mantap, menghasilkan perut 6-pek dan tulang yang kuat. Aktiviti plank juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelenturan sendi. Sendi menanggung banyak tekanan dan jika sendi anda lemah, tugas seharian menjadi lebih sukar. Walau bagaimanapun, dengan melakukan senaman plank setiap hari, anda akan menguatkan sendi badan dan membolehkanya menangani tekanan tanpa masalah lenguh.
15/15. Tahap kecergasan badan lebih tinggi

Sponsored Links
Sebaik sahaja anda mula menikmati faedah aktiviti plank, anda pasti tidak mahu berhenti daripada melakukan senaman jenis ini. Selain itu, ia akan mendorong anda untuk mencabar diri anda dengan lebih banyak aktiviti kecergasan lain dan ini bagus jika anda bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti kecergasan. Dengan membuat aktiviti senaman, ia meningkatkan tahap kecergasan dan kualiti hidup anda secara keseluruhannya. Anda akan penuh dengan tenaga dan sentiasa bersemangat. Jadi, jom amalkan gaya hidup sihat dan aktif. Aktiviti senaman yang paling mudah dan praktikal untuk diamalkan setiap hari adalah aktiviti plank!
Komen