Sebelum Makcik Ini Meninggal Dia Meminta Anak Saudaranya Periksa Bawah Mesin Jahit

Advertisements

Antara kata-kata yang paling mendalam dan menyentuh hati adalah kata-kata yang diluahkan di saat-saat terakhir sebelum seseorang itu meninggal dunia. Pasti ada sesuatu yang sangat penting di dalam wasiat terakhir itu. Samalah dengan kisah yang berlaku pada seorang lelaki yang telah memulakan perjalanan yang luar biasa selepas kematian makciknya yang dikasihi. Ucapan oleh ibu saudaranya itu cukup pendek tetapi sudah cukup untuk mengubah hidupnya selepas dia meninggal dunia. Mari baca artikel ini untuk mengetahui kisahnya.

Wasiat terakhir

Sponsored Links

Selalunya, kita akan sangat mementingkan kata-kata terakhir yang disampaikan oleh orang yang kita sayangi sebelum mereka meninggal dunia. Kata-kata terakhir ini  mempunyai kuasa untuk kekal bersama kita selama-lamanya dan mengubah sepenuhnya perjalanan hidup kita. Itulah yang berlaku dalam kes Carl Sabatino, yang telah memulakan perjalanan yang luar biasa selepas ibu saudaranya meninggal dunia. Satu ayat pendek, tetapi mendalam, yang makciknya ucapkan sebelum meninggal dunia telah membantunya menemui harta karun keluarga yang telah lama tersorok, tetapi dia mengambil masa lebih sedekad untuk mengetahui dengan tepat nilainya yang sebenar.

Kenangan yang bermakna

Carl Sabatino menghabiskan masa kanak-kanaknya yang indah dipenuhi rasa cinta dan gelak ketawa di Greenwich Village, tempat tinggal keluarganya yang akrab dan rapat. Ibu saudaranya Jenny Verastro gembira mengalu-alukan semua orang ke rumahnya, yang sering menjadi pusat kehidupan keluarganya. Malangnya, Sabatino tidak dapat meluangkan masa yang lama kerana makciknya telah lama sakit sejak dia masih kecil lagi.


Mesej yang pendek

Mak Cik Jenny menjadi pengikat kepada keluarga Sabatino, umpama gam yang menyatukan mereka semua. Membayangkan hidupnya tanpa ditemani oleh orang yang tersayang sememangnya sukar, tetapi apabila tiba saatnya untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang kita sayangi, kita perlu melakukannya walaupun ianya cukup menyakitkan. Ikatan Sabatino dengan ibu saudaranya sangat kuat, dan dia mahu berada di sampingnya pada saat-saat terakhir hidupnya. Dia tidak pernah menyangka yang wasiat terakhir makciknya itu akan memberikan satu perjalanan yang luar biasa!

Kata-kata terakhir

Apabila kesihatan ibu saudaranya mula merosot dan kematiannya semakin hampir, Sabatino berjanji kepada dirinya sendiri untuk meluangkan sebanyak mungkin masa bersamanya. Semasa dia duduk di tepi katilnya pada suatu malam, makciknya memberitahunya sesuatu yang agak pelik – “Jangan lupa untuk periksa di bawah mesin jahit.” Sabatino tidak mengambil berat tentang kata-kata itu, dan hanya mengingatinya beberapa minggu selepas ibu saudaranya yang penyayang itu meninggal dunia. Dia mahu menghormati kehendaknya dan dia pun pergi ke ruang bawah tanah untuk mencari mesin jahit lama.


Kenangan kembali

Apabila dia akhirnya memutuskan untuk mencari mesin ‘Singer’ vintaj itu, Sabatino telah menjumpai satu bungkusan misteri, yang dibungkus dalam edisi Ahad New York Journal-American, diterbitkan pada tahun 1947. Apa agaknya yang tersembunyi di dalam kotak itu selama hampir tujuh dekad? Sabatino tidak sabar untuk membukanya! Selepas membukanya, dia terjumpa satu karya seni yang mempamerkan gambar seorang wanita cantik yang memakai bertopi, lukisan itu agak kabur. Kenangan zaman kanak-kanak tiba-tiba mula menerjah dirinya, dan dia tahu dia pernah melihat gambar itu sebelum ini.

Rahsia besar

Sabatino tahu yang ia bukan hanya sekeping kertas yang tidak bernilai. Ini kerana terdapat terlalu banyak keadaan aneh yang menyelubungi penemuan tersebut. Sabatino ingat yang dia pernah melihat lukisan itu ketika dia kecil, jadi pasti ada sebab mengapa ibu saudaranya telah menurunkannya dan menyembunyikannya di bawah mesin jahit tersebut. Makciknya juga telah memutuskan untuk berkongsi rahsia ini dengannya sejurus sebelum dia meninggal dunia. Sabatino tahu yang dia perlu merungkai sejarah keluarganya dengan mencari maklumat tentang lukisan itu.


Sejarah keluarga

Dalam siaran Inside Edition di mana Sabatino telah berkongsi kisahnya yang luar biasa itu pada tahun 2015, dia menjelaskan yang karya seni itu adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanaknya. Dia dan abangnya Ralph sering bergurau mengenainya dan memanggilnya “wanita dengan topi kabur.” Bagaimanakah keluarganya boleh memiliki lukisan tersebut? Bapa saudara Sabatino, Nicky Verastro, telah berkhidmat di luar negara semasa Perang Dunia II, dan membeli karya seni misteri itu pada tahun 1944 daripada penjual jalanan di London dengan harga kira-kira $30. Ia sememangnya lukisan yang mengagumkan, tetapi apabila Sabatino melihat tandatangan pada lukisan itu, hatinya terkejut dan teruja!

Tandatangan artis

Langkah pertama untuk mengetahui nilai lukisan adalah untuk mengetahui siapakah artis yang bertanggungjawab untuk penciptaannya. Jadi, apabila Sabatino menemui lukisan tersebut, dia tahu yang perkara pertama yang dia perlu lakukan ialah mencari tandatangan pada lukisan tersebut. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk mencari nama artis itu, dan hatinya melonjak gembira sebaik membacanya. Tandatangan di satu sudut lukisan itu dengan jelas menulis perkataan “Picasso”! Sabatino mengambil sedikit masa untuk menenangkan dirinya, kerana ada kemungkinan yang dia sedang memegang karya seni yang dicipta oleh salah seorang artis paling terkenal dalam sejarah dunia!


Menyimpan harapan tinggi

Kebanyakan orang akan segera menyatakan yang lukisan ini palsu, kerana ia adalah sangat mustahil untuk keluarga kelas pertengahan yang membesar di Greenwich Village mampu memilikinya, tetapi Sabatino menyimpan sedikit harapan bahawa lukisan itu mungkin asli dan memang milik pelukis terkenal dunia, Picasso. Lagipun, semasa Perang Dunia II, bapa saudaranya Nicky telah menemuinya, dan ia adalah masa yang sukar. Ada kemungkinan lukisan itu telah hilang atau dicuri semasa perang, atau dijual di jalanan selepas galeri berdekatan dibom atau dirompak.

Pencarian bermula

Advertisements

Carl Sabatino tahu tidak ada jalan lain selepas dia menemui lukisan ini, tetapi dia memang perlu merungkai misteri tentang lukisan dan mengetahui asal-usulnya yang sebenar. Lukisan ini telah menjadi simbol warisan keluarganya, dan dia bertekad untuk merungkai misterinya. Jika lukisan ini adalah milik Picasso sebenar, keluarganya akan menjadi kaya-raya, tetapi pertama sekali, dia perlu mempelajari segala-galanya tentang pelukis legenda tersebut.


Mengapa lukisan Picasso bernilai $140 juta?

Dengan pasaran seni moden sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Picasso ialah salah seorang artis terlaris dalam tempoh tersebut. Beliau adalah artis paling menguntungkan di lelongan, iaitu telah terjual sebanyak 17 kali antara tahun 1989 dan 2011. Sejak itu, beliau telah menjadi antara lima artis terlaris di Barat, dengan jumlah hasil lelongan tahunan yang mencecah $300 juta setahun. Karya agung Picasso kini semakin berkurangan, dan oleh itu, menjadi semakin mahal. Ini terutama untuk karyanya yang dihasilkan semasa dari zaman “Biru” dan “Mawar”, karya Cubist awal, dan karya yang berkait rapat dengan kehidupan peribadi artis itu.

Apakah tempoh ‘Biru’ dan ‘Mawar’?

Beberapa tahun pertama pada abad ke-20 dikenali sebagai tempoh Biru dan Mawar Picasso. Pelukis ini pada mulanya sering mencipta satu siri lukisan muram, yang dihasilkan dalam warna biru dan biru-kehijauan. Lukisannya jarang menggunakan tona warna yang lebih cerah, tetapi itu berubah sekitar tahun 1904. Inilah masanya lukisan Picasso menjadi lebih ceria dan berwarna-warni, kerana beliau mula bertukar kepada warna oren dan merah jambu. Seni ciptaannya semasa zaman merah jambunya kebanyakannya menampilkan watak dalam pakaian bercorak kotak-kotak, yang menjadi simbol peribadinya ketika itu.


Dia perlu merungkai misteri

Sabatino terus mencari maklumat tentang artis terkenal itu dan telah pun menemui lebih banyak maklumat tentang hidupnya yang boleh membantunya mendedahkan rahsia lukisan itu. Mengetahui kesusahan Picasso semasa Perang Dunia II membuatkan Sabatino merasakan bahawa mesti ada sesuatu yang istimewa tentang lukisan yang dimiliki oleh keluarganya. Langkah seterusnya adalah untuk melibatkan penilaian dan pendapat golongan profesional. Dia perlu mengetahui sama ada lukisan Picasso yang dimilikinya asli atau tidak!

Mendapatkan pendapat pakar

Selepas menemui lukisan “wanita dengan topi kabur” di bawah mesin jahit ibu saudaranya, Sabatino memutuskan untuk membawanya ke Christie’s di New York, tetapi pakar di situ segera menyatakan yang lukisan itu adalah lukisan tiruan yang murah. “Pakar itu menelitinya selama kira-kira 30 saat dan memandang saya sambil berkata, ‘Ini adalah poster $10, jangan buang masa anda.’ Saya berkata, ‘Baiklah,  tetapi menurut pendapat anda, dari mana ia datang?’ Dia tidak mempunyai jawapannya,” Sabatino memberitahu New York Daily News.


Lukisan asal Picasso

Walaupun pakar di Christie’s tidak mempunyai jawapan yang dicari oleh Sabatino, tidak sukar untuk memahami mengapa mereka segera menolak karya seninya itu. Terdapat satu lagi lukisan Picasso di luar sana yang kelihatan seperti itu. “Wanita dengan Tudung” ada digantung di Muzium Cleveland, dan Picasso melukisnya ketika beliau baru berusia 19 tahun. Tidak jelas siapa wanita itu, tetapi pakaiannya yang bergaya menunjukkan dia adalah sebahagian daripada trend budaya di Paris di mana Picasso hidup pada ketika itu.

Pergi ke Paris

Paris adalah tempat yang istimewa untuk Picasso, mungkin sebab itulah lukisan yang beliau cipta pada masa itu sangat bernilai. Paris dianggap sebagai ibu kota seni Eropah dan memandangkan Picasso suka mengembara, Picasso memutuskan untuk memulakan pengembaraannya ke situ. Beliau membuat lawatan pertamanya ke Paris pada tahun 1900, dan ia adalah yang pertama daripada pelbagai pengembaraannya. Beliau terus kembali ke ibu kota Perancis berkali-kali, dan beliau adalah salah seorang daripada nama terkenal yang menjadi sebahagian daripada seni kreatif yang terkenal di bandar itu semasa berusia 20-an, ketika artis terkenal lain seperti F. Scott Fitzgerald, Cole Porter, dan Ernest Hemingway juga sering meluangkan masa di kafe-kafe yang meriah di Paris pada ketika itu.


Picasso guna teknik baharu

Sabatino mendedikasikan begitu banyak masa untuk mempelajari lebih lanjut tentang Picasso dan dia tidak mudah berputus asa. Dia tidak membiarkan pendapat pakar menghalangnya daripada mencari jawapan, kerana dia yakin lukisan ini sememangnya asli dan istimewa. Semasa berbual dengan Inside Edition, Sabatino menjelaskan bahawa dia percaya yang Picasso telah menduplikasi lukisan lamanya untuk menguji teknik lukisan baru pada tahun 30-an. Dia juga menegaskan bahawa lukisan itu datang dengan cap jari misteri yang mungkin milik artis legenda itu.

Mengenalpasti tandatangan

Sabatino akhirnya membawa lukisan itu kepada penilai seni Richard Beau Lieu, yang bersetuju dengan pendapat peribadinya. Dia meneliti semua kertas kerja, dan menggalakkan Sabatino untuk terus mencari jawapan kerana lukisan itu mungkin bernilai lebih $10 juta jika ianya asli. “Tempoh masa ia dikeluarkan dan semua kerja kertas yang disertakan bersamanya, asal usulnya, tandatangan di atasnya, dan laporan forensiknya – saya benar-benar yakin ia adalah lukisan asli,” kata Beaulieu kepada Inside Edition.


Umpama mencari harta karun

Carl Sabatino memberitahu Inside Edition bahawa dia percaya lukisan ini mungkin boleh dijual lebih mahal lagi – antara $25 hingga $30 juta – tetapi itu bukan satu-satunya sebab mengapa dia ingin mengetahui sama ada ia asli atau tidak. Merungkaikan misteri “wanita dengan topi kabur” adalah caranya untuk menghormati warisan keluarganya. “Ini adalah umpama pencarian harta karun untuk saya, demi kasih sayang keluarga saya. Ini adalah kisah maruah keluarga saya. Mereka melindungi lukisan ini dan mewariskannya kepada saya untuk mencari kebenarannya,” kata Sabatino kepada New York Daily News.

Menulis sebuah buku

Advertisements

Carl Sabatino akhirnya memutuskan untuk menulis buku tentang pengembaraannya yang luar biasa itu. “Picasso Undiscovered in Blue: Journey of a Lifetime” telah diterbitkan pada tahun 2017, dan dia mendedikasikannya kepada ibu saudaranya Jenny dan Rose Verrastro. Ia adalah “kisah penemuan, pencarian kebenaran tentang karya seni – perjalanan yang didorong oleh semangat untuk mengetahui sama ada seni itu dihasilkan oleh tangan Pablo Ruiz Picasso.” Semoga Sabatino dapat menemui semua jawapan yang dia cari dan memberikan penghormatan kepada keluarganya dengan membuktikan lukisan keluarga mereka itu benar-benar telah dilukis oleh Picasso!

anda mungkin suka ini:

Komen