Foto Kucing Ini Selalu Curi Anak Anjing Jiran Mengekorinya dan Lihat Kejadian Ini

Advertisements

Biasanya kita mempunyai tanggapan bahawa anjing adalah seekor haiwan yang baik dan penyayang manakala kucing pula lebih bersikap dingin dan tidak begitu manja. Ia sudah menjadi persepsi umum, tetapi lain pula ceritanya kali ini. Apa yang berlaku apabila sikap dua haiwan ini adalah sebaliknya dalam kisah ini? Amat memeranjatkan apabila kita melihat seekor kucing bersikap seperti ini dalam kisah kami kali ini. Pada mulanya, jiran-jiran di situ menyangka yang kucing itu akan melakukan sesuatu yang sangat jahat, tetapi apabila mereka mengekorinya, mereka menyedari apa sebenarnya yang berlaku. Jom baca kisah ini!

Anjing vs Kucing

Sponsored Links

Anjing biasanya dikenali sebagai haiwan yang tenang, penyayang dan bergantung kepada latihan oleh pemiliknya, ia setia dan suka menolong. Anjing juga sentiasa mahu bermain atau suka bermalasan di atas sofa dan dibelai. Kucing, tidak seperti anjing, agak garang, tidak begitu manja melainkan ia mahukan sesuatu. Kucing juga suka bebas dan mereka boleh menghabiskan masa berhari-hari jauhnya dari rumah. Mereka biasanya tidak mahu bermain dengan pemiliknya. Walau bagaimanapun, kedua-dua haiwan ini sangat popular sebagai haiwan peliharaan.

Bergaduh macam anjing dan kucing

Terdapat satu ungkapan lama yang mentakrifkan hubungan antara anjing dan kucing dengan baik sekali: “Mereka bergaduh umpama anjing dan kucing.” Ungkapan ini dikatakan apabila dua orang itu tidak serasi dan sering bergaduh antara mereka. Anjing tidak boleh melihat kucing tanpa mengejarnya dan kucing pula akan menyerang anjing jika ia merasa terancam. Walau bagaimanapun, kalau kena dengan gayanya, terdapat beberapa pengecualian dan ada juga banyak kes di mana mereka sering berbaik antara satu sama lain.


Tempat di mana ia bermula

Semuanya bermula di sebuah taman yang tenang di kawasan kejiranan di selatan Carolina, di Amerika Syarikat. Penduduk di sana hidup dengan harmoni dan semua orang bergaul dengan baik. Ia adalah kawasan kediaman rumah-rumah yang padat dan terdapat ramai kanak-kanak yang sering bermain di taman di sana. Hampir semua keluarga mempunyai anjing peliharaan kerana mereka mempunyai keluasan yang luas untuk haiwan itu tinggal dengan selesa.

Si Miss Kitty

Di sana, terdapat seekor kucing yang dikenali dengan namanya Miss Kitty. Miss Kitty sangat berbeza dengan kucing biasa. Ia kelihatan lebih seperti seekor anjing. Itulah sebabnya tiada siapa menjangka yang Kitty akan melakukan perkara yang dia lakukan. Ia adalah seekor kucing peliharaan yang suka keluar rumah. Ia akan berjalan-jalan di kawasan kejiranan sama ada untuk mengejar tupai atau mencari anak burung kecil. Miss Kitty memang seekor kucing yang comel dan ia tidak mengganggu orang lain.


Sesuatu yang pelik berlaku

Setiap hari, pemilik haiwan akan keluar berjalan-jalan bersama dengan haiwan peliharaan mereka dan Miss Kitty akan muncul untuk bermain dengan mereka juga. Semuanya kelihatan normal dan tenang sehinggalah pada suatu hari, Kitty mula menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa. Kucing itu mula berlegar-legar dengan sangat gugup dan ia seolah-olah sedang mencari sesuatu. Pada mulanya penduduk di situ tidak terlalu menghiraukannya tetapi tidak lama kemudian, kucing itu dilihat berlari dengan sesuatu yang berbulu di mulutnya.

Apa yang dikendong di mulutnya?

Penduduk di situ mulai bimbang dengan tingkah laku Miss Kitty. Mereka percaya ada sesuatu yang tidak kena dengannya atau ia sedang sakit. Jadi, mereka mula memerhatikannya dengan lebih dekat. Apabila mereka melihat ia berlari dengan sesuatu di mulutnya, salah seorang jiran telah mengekorinya. Ketika dia semakin dekat dengannya, dia menyedari bahawa apa yang ia kendong di mulutnya adalah seekor anak anjing! Mereka tidak begitu memahami apa yang Kitty ingin lakukan terhadapnya, jadi mereka memutuskan untuk mengikutinya untuk melihat di mana ia menyembunyikan anak anjing itu.


Mereka memanggil pemiliknya

Selepas mengekori kucing itu, jiran-jiran di situ memutuskan untuk memaklumkan kepada pemilik Kitty tentang kelakuan kucingnya supaya dia boleh memerhatikannya. Mungkin kucing itu telah beranak dan menyembunyikannya di suatu tempat berhampiran rumahnya. Tetapi, pemilik Kitty agak bingung kerana kucingnya itu telah dimandulkan. Jadi, dari mana datangnya anak anjing itu? Mereka semua memutuskan untuk pergi mencari kucing itu dan melihat apa yang berlaku.

Berita tersebar

Memandangkan hampir semua orang di sana mengenali antara satu sama lain, berita itu cepat tersebar ke setiap sudut dan seluruh kawasan kejiranan ingin tahu apa yang berlaku antara kucing dan anak anjing itu. Sejak itu, ramai jiran pergi mencari Kitty untuk melihat anak anjing itu dan ingin tahu apa yang ia lakukan terhadapnya. Yang paling penting, mereka ingin mengetahui siapa pemilik anak anjing itu kerana setahu mereka, Kitty telah dimandulkan. Apabila mereka menemui tempat persembunyiannya, mereka tidak dapat mempercayai apa yang mereka lihat di sana!


Perkara mustahil terjadi

Apabila semua orang melihat adegan itu, mereka terdiam. Semua anak haiwan di situ bukanlah anak kucing tetapi anak anjing! Kitty telah mencuri anak-anak anjing dari beberapa rumah jiran dan telah membawanya ke tempat persembunyian tersebut. Mereka segera menemui keluarga anjing itu. Mereka sangat terkejut, kerana apabila pulang dari sekolah, mereka melihat anak anjing mereka telah hilang. Mereka telah mencari mereka di merata tempat dan tidak tahu di mana anak anjing mereka berada. Malah, mereka tertanya-tanya jika anjing itu telah bersembunyi daripada mereka.

Memainkan peranan ibu

Advertisements

Miss Kitty rupanya telah memainkan peranan sebagai ibu anjing selama ini. Ia menyusup ke dalam rumah jiran yang  mempunyai anak anjing dan mengambil anak anjing itu semua. Rupanya, si kucing malang itu mahu menjadi ibu, tetapi ia tidak mempunyai peluang berbuat sedemikian. Apabila ia melihat dan terhidu bau anak anjing dari rumah jiran, ia tidak dapat menahan dirinya dan terus mengambil anak-anak anjing tersebut. Pemilik anak anjing itu telah dimaklumkan tentang hal itu dan mereka segera pergi ke tempat di mana kucing itu menyembunyikannya.


Maaf diterima

Pemilik anak-anak anjing itu jelas mahukan anak anjing mereka kembali dan pemilik Miss Kitty pula telah meminta maaf kepada mereka beberapa kali. Dia juga berasa terkejut sama seperti orang lain di kawasan kejiranan itu. Ini kerana Kitty tidak pernah berkelakuan begitu pelik. Pemilik anjing tersebut sudah tentu menerima permohonan maafnya dan tidak mahu memburukkan lagi isu tersebut. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa Miss Kitty melakukan perkara sesuatu seperti itu? Mengapa agaknya kucing itu telah menculik tidak kurang daripada 5 ekor anak anjing dari rumah jirannya?

Sebab tingkah lakunya

Pemilik anak anjing itu segera membawa pulang anak anjing itu untuk dikembalikan semula kepada induk haiwan tersebut. Miss Kitty kelihatan agak sedih. Pemiliknya benar-benar bimbang tentangnya kerana dia tidak memahami sebab kelakuannya. Kitty sentiasa menjadi kucing yang mesra dan baik dan tidak pernah mendatangkan masalah. Namun, jika difikirkan semula, mungkin semua ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Miss Kitty pada masa lalu. Boleh jadi kucing itu telah mencuri anak anjing atas sebab itu…


Kisah Kitty

Semuanya bermula beberapa tahun yang lalu, sebelum Kitty dimandulkan, di mana ia telah bertemu dengan seekor kucing jantan yang tinggal di rumah jiran. Waktu itu, ia masih sangat muda dan kucing jantan itu pula tua sedikit daripadanya. Tetapi, mereka sangat menyukai satu sama lain. Mereka banyak keluar bersama pada waktu malam untuk berlari-lari di taman sehinggalah pada suatu malam, pemilik Kitty perasan yang ia lebih gempal daripada biasa, ternyata Miss Kitty sudah mengandung!

Menjaga dia

Apabila pemiliknya mengetahui yang Miss Kitty sudah hamil, dia memutuskan untuk menjaganya dengan lebih baik supaya semuanya berjalan lancar dan ia dapat melalui proses kehamilan yang selamat. Dia membawanya berjumpa dengan doktor haiwan dan mereka melakukan ultrasound yang menunjukkan ia sedang menghamilkan 9 ekor anak kucing! Disebabkan bilangannya yang banyak, ia akan menjadi satu kehamilan yang sukar dan Kitty dinasihatkan oleh doktor untuk tidak meninggalkan rumah untuk mengelakkan komplikasi. Namun, kucing itu mahu bebas dan sering meninggalkan rumah sepanjang tempoh kehamilannya.


Masanya telah tiba

Pemilik dan Miss Kitty tidak sabar untuk anak-anak kucing itu tiba dan akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu tiba. Hari itu, kelakuan Kitty sangat pelik. Suhunya sangat rendah dan ia tidak mahu makan apa-apa sepanjang hari. Semua ini adalah tanda yang ia akan bersalin tidak lama lagi. Anak-anak kucing itu sudah bersedia untuk keluar ke dunia dan Miss Kitty pun mula bersalin. Semua orang di rumah tidak sabar-sabar untuk melihat anak kucing itu.

Perkara buruk berlaku

Semua orang di rumah itu berada berhampiran dengan kucing itu, yang mula bersalin pada waktu senja. Ia berbaring di atas tilam dan kelihatan tenang. Tidak lama kemudian, saatnya telah tiba dan kepala kecil pertama mula kelihatan, kucing itu menolak dan mulai berbunyi. Tetapi, seperti ada sesuatu yang tidak kena, ia terus menggeletar dan tidak berhenti bergerak. Apabila anak kucing pertama berjaya untuk dikeluarkan, ia sudah mati! Sama juga keadaannya dengan anak kucing kedua, dan yang ketiga, dan begitu juga yang lain. Tiada seekor anak kucing pun yang hidup…


Pengalaman mengerikan

Hati Miss Kitty sangat hancur. Ia tidak berhenti berbunyi. Bunyi mengerangnya dapat didengari di seluruh kawasan kejiranan dan pemiliknya juga menangis. Sungguh mengerikan untuk melihat bagaimana setiap anak kucing yang dilahirkan tidak lagi bernyawa dan ia asyik menyentuh anaknya dengan harapan bahawa akan ada seekor yang hidup, tetapi itu tidak berlaku. Ia sangat menghancurkan hati semua orang yang menyaksikannya. Ia sesuatu yang tidak dapat mereka lupakan dengan mudah. Kucing itu jelas trauma!

Penjelasan

Miss Kitty menjadi sangat tertekan dan nampak seperti tidak sihat. Pemiliknya membawanya ke doktor haiwan untuk melihat apa yang telah berlaku. Di klinik, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa apabila Kitty hamil, terdapat beberapa ketulan ketumbuhan yang berkembang dalam rahimnya. Ia telah menghasilkan persekitaran yang tidak bagus untuk janin dan kehamilan kucing itu. Ia juga boleh membahayakan nyawa Kitty, jadi sebab itulah pemiliknya memutuskan untuk memandulkan Miss Kitty.


Sebab ia mencuri anak anjing

Miss Kitty tidak boleh menjadi ibu kucing lagi. Hasrat dan nalurinya untuk menjadi ibu telah terputus dengan pembedahan kemandulan itu. Sebab itulah, apabila kucing itu melihat bahawa terdapat anak haiwan di kawasan kejiranannya, ia tidak dapat menahan dirinya dan hilang akal. Ia mahu mempunyai seekor anak, jadi ia pun menculik anak haiwan yang berada berhampiran dengannya. Ia hanya mahu menjaga anak anjing itu dan bukan untuk mencederakannya!

Sifat penyayang haiwan

Sponsored Links

Kisah traumatik kucing ini mungkin menjadi penyebab mengapa ia asyik mengambil anak anjing dari rumah lain. Ia mungkin mahu membina keluarganya sendiri kerana tahu bahawa ia tidak mampu untuk bunting lagi. Menarik sungguh kisah ini. Sememangnya, haiwan mempunyai naluri keibuan yang tinggi, sama seperti manusia. Mereka tidak sanggup mencederakan anak mereka sendiri dan akan memastikan yang anak mereka cukup makan dan selamat. Adakah anda juga pernah mendengar kisah haiwan peliharaan yang menarik seperti ini? Tidak dinafikan lagi, haiwan juga penyayang seperti kita manusia!

anda mungkin suka ini:

Komen