Bagi kebanyakan orang, masalah terbesar dalam menjaga tumbuhan ialah mereka berasa sukar untuk menjaganya dan asyik terlupa untuk menyiram pokok-pokok mereka. Kemudian apabila mereka ingat, mereka mula menyiram air dengan terlalu banyak. Tahukah anda yang terdapat beberapa tumbuhan yang sesuai untuk orang-orang yang sibuk sebegini? Mari kita lihat tujuh tumbuhan yang tahan lasak dan tidak memerlukan banyak air.
1) Pokok rentetan mutiara

Advertisements
Pokok spesis ini, yang dikenali sebagai rentetan mutiara, adalah tumbuhan yang kelihatan sangat unik, berasal dari Afrika Selatan, yang bukan sahaja boleh menahan kemarau, tetapi tidak perlu disiram selalu. Dan bahagian yang paling best ialah ia mempunyai bunga yang cantik dan wangi di mana ia berbau seperti kayu manis.
2) Pokok mawar batu

Tumbuhan tahan lasak seperti jenis sukulen boleh dikatakan sangat popular di Instagram dan ia memunyai bentuk yang luar biasa dan kelihatan cantik apabila ia kembang. Ia mudah dijaga, kerana ia mempunyai simpanan air pada daunnya. Penyiraman seminggu sekali sudah cukup untuk pokok jenis ini. Ini termasuk spesis tumbuhan dikenali sebagai pokok mawar batu atau kulit gagak.
Artikel diteruskan, mari buka halaman seterusnya!
3) Pokok ekor kuda

Pokok ekor kuda yang berasal dari Mexico dan nama Inggerisnya Horse Tail menunjukkan rupanya – seperti ekor kuda. Sekiranya kita mahu menjaga pokok ini, kita mesti meletakkannya di tempat yang cerah di dalam rumah dan menyiramnya hanya apabila tanahnya sangat kering. Anda hanya perlu menyiramnya setiap beberapa minggu. Ia pokok tahan lasak dan sesuai untuk anda yang sibuk!
Sponsored Links
4) Pokok Zamioculcas

Zamioculcas tergolong dalam keluarga coneflower. Ia mempunyai daun yang tinggi dan bergetah dan tidak mudah mati. Sudah tentu, jika kita ingin memastikannya tumbuh subur, kita perlu menyediakannya dengan sumber cahaya matahari yang mencukupi, tetapi kalau anda nak tahu, kekeringan juga menjadi faktor yang sangat penting untuk membuatkannya tumbuh subur.
Mari buka halaman seterusnya dan baca lagi!
5) Pokok pelari runcing

Pokok tahan lasak yang dikenali sebagai pokok pelari runcing adalah pilihan yang tepat untuk pembeli bunga yang baru sahaja mahu berjinak-jinak membela pokok dan tumbuh-tumbuhan di rumah mereka. Ia sangat mudah untuk dijaga. Ia tumbuh subur dalam bilik dengan cahaya yang malap, jadi anda boleh meletakkannya dengan selamat di dalam rumah atau di bilik mandi.
6) Pokok Sansevieria

Pokok jenis Sansevieria pula sesuai untuk mereka yang pelupa dan asyik terlepas jadual siraman pokok. Ia boleh terus hidup selama berminggu-minggu tanpa air. Selain itu, menurut pakar, ia boleh meningkatkan kualiti udara di rumah anda. Jadi, jika anda mahu menjaga tumbuh-tumbuhan yang lasak, pilih pokok jenis ini.
7) Pokok tok janggut

Advertisements
Untuk pokok bromeliad atau tok janggut, berita baiknya ialah ia boleh dibeli dengan agak murah. Ada sebab mengapa ia juga dipanggil “tumbuhan udara” dalam bahasa Inggeris. Ini kerana ia tidak memerlukan tanah. Kita boleh meletakkannya di atas rak atau di dalam botol. Proses penyiramannya agak rumit, kerana ia perlu direndam dalam air setiap 10 hari dan kemudian dibiarkan kering di bawah sinar matahari.
Komen