Pastikan Anda Sentiasa Ada Penapis Kopi di Rumah Selepas Membaca Artikel Ini!

Advertisements

Setiap tahun, berjuta-juta penapis kopi digunakan dan dibuang. Tetapi adakah anda tahu bahawa penapis kopi juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan lain? Saya sentiasa akan memastikan yang saya mempunyai beberapa pek penapis kopi di rumah dan dalam artikel ini, saya akan berkongsikan dengan anda sebabnya.

Penapis kopi sememangnya mempunyai pelbagai fungsi. Saya syorkan anda membeli beberapa kotak kerana ia sangat membantu untuk kegunaan lain. Di sini, saya telah menyenaraikan 16 manfaat penapis kopi. Mari kita lihat apakah kegunaan lainnya.

1. Membersihkan kereta

Sponsored Links

Mengapa perlu membelanjakan wang untuk membeli kain lap papan pemuka kereta anda sedangkan penapis kopi boleh jadi jalan penyelesaian yang jauh lebih murah dan mungkin lebih baik! Penapis kopi tidak berbulu dan ia berfungsi sama seperti kain mikrofiber. Letakkan sedikit minyak zaitun pada penapis kopi dan anda boleh membersihkan bahagian dalam laci papan pemuka kereta anda dengan sempurna.

2. Bantu tanaman anda hidup subur

Sebelum meletakkan tanah di dalam pasu, ia adalah satu idea yang bagus untuk menggunakan penapis kopi. Lipat penapis dan letakkan di atas lubang di bahagian bawah pasu. Kemudian, anda hanya perlu mengisi pasu dengan tanah dan letakkan tumbuhan anda. Penapis akan menyerap kelembapan berlebihan apabila anda menyiram tumbuhan. Katakan selamat tinggal kepada akar anak pokok yang mereput!


3. Penyegar udara

Daripada semua kegunaan untuk penapis kopi, ini mungkin yang paling mudah. Isikan penapis kopi dengan baking soda. Ikat dengan pita pelekat dan anda telah mencipta penyegar udara DIY anda sendiri. Buat beberapa uncang dan letakkannya di dalam kasut, almari, peti sejuk atau di mana sahaja anda mahu!

4. Penapis gabus botol minuman

Jangan biarkan sisa gabus merosakkan mood anda untuk menikmati segelas minuman yang enak. Jika semasa anda cuba membuka botol minuman yang menggunakan gabus, dan sedikit serbuk gabus memasuki minuman anda, tapis sahaja minuman anda dengan penapis kopi. Ianya semudah itu!


5. Penutup makanan

Penapis kopi sesuai digunakan dalam ketuhar gelombang mikro. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti kerajang aluminium dalam ketuhar, tetapi ia tidak akan terbakar apabila anda menggunakannya di dalam ketuhar gelombang mikro. Tutup makanan anda untuk mengelakkannya daripada terpercik dan menjadi terlalu kering.

6. Penyejuk mata

Gunakan beberapa penapis kopi untuk melegakan mata anda yang gatal dan bengkak. Rendam penapis kopi dalam teh (teh chamomile pilihan yang bagus!), kemudian sejukkannya di dalam peti sejuk. Seterusnya, lipat penapis dan letakkan di atas mata  anda sebagai kompres sejuk yang menenangkan. Mata anda yang bengkak dan kegatalan akan mulai reda secara perlahan-lahan.


7. Cambah biji benih

Gunakan penapis kopi untuk menumbuhkan biji benih dan mulakan tanaman musim bunga anda dengan baik! Basahkan penapis kopi dengan air dan letakkan beberapa biji di atasnya. Lipat penapis dan masukkannya ke dalam beg plastik. Letakkan beg di tempat yang hangat dan dalam beberapa hari, biji benih anda akan tumbuh dengan suburnya.

8. Uncang rempah untuk sup anda

Advertisements

Sesetengah sup memerlukan bahan-bahan herba yang perlu dikeluarkan sebelum disajikan, seperti daun bay, herba dengan kayu manis, atau rempah ratus. Gunakan penapis kopi untuk membuat beg uncang herba yang berguna untuk sup anda. Isi rempah ratus di dalamnya, ikat penapis dan masukkannya ke dalam sup.


9. Kain lap cermin

Adakah anda mengalami kesukaran untuk memulihkan kilauan cermin anda? Sama seperti kereta anda, ia berfungsi sebagai kain mikrofiber yang terbaik. Ia bebas daripada habuk dan gris dan boleh menjadikan cermin anda bersih 100% semula.

10. Bekas snek makanan

Penapis kopi mungkin kelihatan berguna untuk satu tujuan sahaja, tetapi kadangkala, ia juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang agak praktikal. Saya kerap menggunakan penapis kopi saya sebagai bekas untuk meletak kekacang atau makanan ringan. Terima kasih kepada penapis kopi, kita tidak perlu lagi mencuci pinggan. Buang terus penapis ke dalam tong sampah, atau lipat dan simpan untuk malam snek anda yang seterusnya pula.


11. Uncang aromaterapi

Sama seperti beg uncang wangi lavender yang boleh anda temui di hotel, anda juga boleh membuat beg wangi DIY anda sendiri menggunakan penapis kopi. Isi beg dengan pelbagai haruman, sebagai contohnya, daun thyme, hirisan daun pandan atau kayu manis dan ikatkannya. Aroma ini boleh bertahan selama berbulan-bulan, melalui tekstur penapis kopi.

12. Kain lap dapur

Anda boleh membersihkan tangan anda yang berminyak dengan lebih baik dan lebih pantas dengan penapis kopi berbanding dengan kertas dapur atau kain buruk. Fabrik penapis kopi dapat menyerap gris minyak dengan cepat, menjadikan tangan anda bersih dengan serta-merta.


13. Lindungi kuali besi anda

Setelah saya membersihkan dan mengeringkan kuali besi tuang saya, saya akan meletakkan penapis kopi di bahagian bawah untuk mengelakkannya daripada berkarat di mana ia dapat membantu menyerap sebarang sisa kelembapan. Kuali besi tuang adalah barangan dapur yang hebat, tetapi ia cepat berkarat. Tetapi dengan tip penapis kopi ini, ia tidak akan mudah rosak lagi!

14. Pelembut kain baju

Ini adalah salah satu kegunaan penapis kopi kegemaran saya – gunakannya sebagai helaian pengering baju! Basahkan penapis kopi dengan sedikit cuka putih dan tambah beberapa titis minyak pati kegemaran anda (saya suka menggunakan lavender) padanya. Masukkannya ke dalam mesin pengering bersama pakaian anda dan pakaian anda akan menjadi lembut dan berbau sangat segar.


15. Kain pembersih

Penapis kopi boleh digunakan sebagai kain pembersih yang berguna untuk semua jenis kerja pembersihan. Ia bebas habuk dan tidak berminyak, menjadikannya sesuai untuk membersihkan monitor komputer, televisyen dan tingkap. Ia akan menjadikan sebarang permukaan menjadi lebih bersih dan bebas habuk!

16. Dulang mini

Advertisements

Taco (dan juga burrito dan sandwic) boleh menjadi sangat berminyak dan sosnya mudah meleleh, tetapi jangan risau! Anda boleh menggunakan penapis kopi sebagai dulang mini. Bentuk penapis kopi bertindak dengan bagus sebagai dulang kecil makanan. Hasilnya, anda tidak akan lagi menumpahkan sos mayonis atau cili dari makanan anda pada seluar baharu anda lagi!

anda mungkin suka ini:

Komen