Septuplet pertama di dunia sambut hari jadi ke-21 temui mereka dalam gambar

Advertisements

Sponsored Links

Mempunyai cahaya mata adalah antara peristiwa indah yang berlaku dalam hidup kita, terutamanya apabila kita mengalami masalah kesuburan. Ia salah satu perkara yang akan memberikan rasa kesusahan yang luar biasa. Ini adalah masalah yang boleh berlaku sedari awal, bahkan selepas anda sudah pun mendapat bayi pertama.

Kisah yang akan anda temui ini cukup jarang diceritakan, tetapi ia boleh berlaku di dunia realiti. Ini adalah sebuah kisah sepasang suami isteri yang menyangka mereka tidak akan mendapat zuriat, tetapi perkara yang tidak dapat difikirkan telah berlaku… yang membuktikan kepada kita bahawa keajaiban memang wujud!

Ini adalah kisah keajaiban

Ini adalah satu kisah kehidupan yang cukup luar biasa. Mengandungkan bayi kembar dua sudah cukup istimewa, bayangkan pula apabila anda mengetahui yang anda sedang mengandungkan tujuh orang bayi; bagaimana pula dengan hal menguruskan 120 lampin kotor setiap minggu? Menyediakan 40 botol sehari? Keluarga besar ini terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Mari kita ikuti kisah mereka.


Temui pasangan ini, Bobbi dan Kenny McCaughey

Pada tahun 1996, Bobbi dan Kenny McCaughey telah menjadi ibu bapa kepada seorang gadis kecil. Mikayla Mary adalah sebuah impian yang menjadi kenyataan dan kelahiran bayi perempuan itu mendorong Bobbi dan Kenny untuk mempertimbangkan cara yang berbeza untuk mempunyai anak lagi dan mengembangkan keluarga mereka. Usaha untuk menimang cahaya mata itu jelas sukar dan penuh dengan cabaran. Mereka tahu tentang itu, tetapi berkat kemajuan dalam sains dari segi kesuburan, gadis kecil itu tidak lama lagi akan ditemani oleh adik-beradiknya!

Rawatan kesuburan selepas bergelut dengan Mikayla Mary

Bobbi tahu dia mahukan lebih ramai anak selepas Mikayla Mary dilahirkan. Tetapi selepas pasangan itu bergelut untuk hamil anak pertama, mereka fikir lebih baik untuk mendapatkan bantuan daripada pakar kesuburan dan menjalani rawatan. Mereka kemudiannya diberi Metrodin, ubat yang disyorkan untuk merangsang ovulasi dan dapat membantu seorang wanita itu hamil. Semuanya berjalan dengan lancar. Pasangan itu sudah membayangkan diri mereka dengan anak kedua, tetapi mereka belum tahu apa yang menanti mereka…


Satu kejutan besar menanti pasangan itu

Hari itu sepatutnya menjadi satu lawatan pemeriksaan yang ringkas oleh doktor. Tetapi ultrasound yang baru dilakukan tidak menunjukkan satu, atau dua, atau tiga… tetapi TUJUH embrio! Berita itu agak merisaukan, bukan sahaja tentang isu membesarkan tujuh orang anak, tetapi juga tentang bahaya untuk Bobbi. Bayangkan bagaimana 7 bayi membesar dalam perut seorang ibu! Doktor menasihati mereka untuk mengurangkan jumlah bayi. Namun, mereka masih mahu meneruskan kehamilan itu.

Pasangan itu terima pelbagai hadiah dan tajaan

Berita tentang kehamilan 7 orang bayi atau septuplet itu tersebar luas. Ramai individu dan organisasi bergegas untuk membantu keluarga ini: ada yang menderma bekalan produk tenusu selama setahun, menderma lampin selama beberapa tahun, perkhidmatan pengasuh dan malah – percaya atau tidak – rumah seluas 465 m²! Malah, mereka juga telah menerima satu hadiah istimewa: sebuah van!


Ketibaan hari istimewa

Hari yang dinanti-nantitiba 9 minggu lebih awal daripada jangkaan. Bobbi dan Kenny terpaksa bergegas ke hospital untuk pembedahan Caesarean dan pada 19 November 1997, kesemua 7 bayi telah selamat dilahirkan, dalam jangka masa tidak sampai enam minit. Keluarga itu berkembang daripada 3 ahli kepada 10 ahli, dan kakak perempuan itu belum tahu apa yang akan berlaku! Septuplet itu dilahirkan secara pramatang tetapi sihat di Hospital Des Moines di Iowa.

Anda ingat nama-nama bayi ini?

Foto di atas ini menunjukkan bayi ini hanya beberapa hari selepas mereka dilahirkan: empat orang bayi lelaki – Kenny (Kenneth) Robert, yang paling berat, Nathan Roy, Brandon James dan Joel Steven – dan tiga perempuan, Alexis May, Natalie Sue dan Kelsey Ann, bayi paling ringan. Adakah anda ingat semua nama bayi ini? Kami tidak, tetapi ibu bapa ini dapat mengingatinya. Itu yang penting!


Cabaran menjaga tujuh bayi bermula

Septuplet itu dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu selepas dilahirkan. Bayi terakhir yang dibenarkan keluar dari hospital akhirnya pulang ke rumah pada 12 Mac 1998. Ada beberapa bayi ini yang mengalami sedikit masalah kesihatan. Contohnya, Natalie mengalami refluks asid dan berasa kesakitan ketika makan. Alexis mengalami gangguan otot yang menyukarkan untuk makan. Mereka berdua terpaksa diberi makan tiub pada mulanya.

Kelahiran yang mendapat liputan media

Advertisements

Kelahiran bayi ini mendapat perhatian ramai. Malah, Presiden Clinton juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Kru berita juga menunggu di luar hospital untuk membuat liputan cerita mengenai kembar tujuh ini. Mereka semua berpusu-pusu ke Hospital Des Moines dan berkhemah di tempat letak kereta untuk mendapatkan berita daripada keluarga itu. Antara media terkenal yang membuat liputan tentang keluarga ini ialah ABC News Prime Time dan TIME.


Tujuh kali ganda beban dan cabaran

Walaupun banyak sumbangan yang mereka terima, Bobbi dan Kenny menghadapi kesukaran untuk menguruskan kehidupan seharian mereka. Dan mereka selalu keletihan. Dengan tujuh bayi yang baru lahir di rumah, sentiasa ada sesuatu yang perlu dilakukan… Secara purata, pasangan itu perlu menukar 52 lampin sehari, membasuh baju 17 kali seminggu supaya anak-anak sentiasa ada sesuatu untuk dipakai. Mereka juga terpaksa membeli dua mesin basuh dan dua mesin pengering!

Strategi menjaga ramai bayi

Dalam sehari, bayi mereka menggunakan 52 lampin dan minum 42 botol susu. Mujurlah, apabila bayi-bayi itu dilahirkan, Bobbi telah memutuskan untuk memberikan mereka susu ibu dan kerap mengepam susunya supaya dapat bertahan sehingga mereka berusia tiga bulan. Selepas itu, mereka memerlukan 15 hingga 18 liter susu setiap minggu secara purata. Ia menelan belanja yang tinggi! Pasangan McCaugheys itu sedar yang mereka perlu membuat rancangan dan mengatur strategi untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan masalah kewangan.


Anak dengan personaliti berbeza

Anak sulung McCaughey, Mikayla, telah dilatih untuk menggunakan tandas dalam masa empat hari sahaja. Situasinya berbeza dengan bayi septuplet; mereka sedar yang ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun untuk melatih bayi mereka. Setiap orang mempunyai habit mereka sendiri: walaupun bayi mereka dilahirkan pada masa yang sama, tetapi personaliti mereka semua berbeza.

70 sukarelawan memainkan peranan utama

Sememangnya, ia adalah satu cabaran yang besar untuk menjaga 7 orang anak kecil. Mujurlah pasangan ini mendapat sokongan kira-kira 70 orang sukarelawan yang datang membantu mereka dengan pelbagai tugasan setiap hari. Lapan atau sembilan sukarelawan  akan menukar lampin, yang lain menjaga dan memberi makan bayi. Semua orang mahu membantu keluarga McCaughey. Dalam foto ini, anda boleh melihat empat lelaki memegang bayi mereka. Mereka sebenarnya adalah pekerja binaan!


Bantuan saudara-mara

Saudara-mara keluarga itu juga turut menyumbangkan bantuan dan memberikan sokongan. Ddalam foto ini, anda boleh melihat adik perempuan Bobbi, Michelle, bermain dengan salah seorang bayi mereka. Ia satu detik yang menyentuh hati. Mikayla juga mengambil peranannya sebagai seorang kakak dengan sangat serius dan sentiasa membantu menjaga adik-adiknya. Dia akan bermain dengan bayi septuplet itu dan melakukannya di bawah pengawasan ibu bapanya.

Bobbi dan Kenny menyediakan pelan B

Untuk menguruskan perbelanjaan keluarga, Bobby dan Kenny telah menyediakan rancangan perbelanjaan terutamanya tentang makanan: rancangan mereka adalah untuk membeli secara pukal, memanfaatkan promosi dan diskaun dan membeli berdasarkan keperluan. Keluarga itu membelanjakan purata $300 untuk barangan runcit setiap bulan. Mereka juga 1mempunyai kereta sorong yang luar biasa: dua kereta sorong dengan 4 tempat duduk! Kereta sorong ini telah ditempah khas daripada pengeluar untuk septuplet.


Keluarga itu bercucuk tanam

Keluarga itu terpaksa mencari cara untuk menjimatkan wang setiap bulan. Membeli secara pukal bukanlah penyelesaian untuk semua produk, terutamanya produk segar. Mereka kemudiannya mempunyai idea untuk membuat kebun sayur dan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan keluarga. Terima kasih kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di halaman rumah mereka sendiri, mereka dapat membuat penjimatan yang ketara untuk makanan. Dan ini adalah cara yang menarik untuk mengajar kanak-kanak tentang pertanian. Sayang sekali mereka tidak dapat menternak lembu dan ayam mereka sendiri!

Belajar berkongsi

Selain itu, sebuah syarikat pakaian kanak-kanak dengan nama “Carter” juga telah bersetuju untuk menaja pakaian untuk bayi septuplet itu sehingga mereka mencapai umur 5 tahun. Malah, untuk sambutan hari lahir mereka yang ke-4, kesemua anak kecil itu meniup 4 lilin pada satu kek. Mereka sedang belajar bagaimana untuk berkongsi. Sejak kecil, bayi McCaughey ini mengembangkan bahasa mereka sendiri. Fenomena ini dipanggil “cryptophasia” – bahasa yang dicipta oleh sekumpulan kecil orang, terutamanya kembar, yang hanya boleh difahami oleh mereka sahaja.


Tujuh anak, tujuh personaliti yang berbeza

Kita semua tahu bahawa kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Walaupun ditentukan secara genetik, personaliti dipengaruhi oleh latar belakang keluarga dan sosial. Setiap septuplet mempunyai personaliti mereka sendiri. Antara karakter anak kecil ini adalah, yang paling lucu ialah Kenny Junior. Ulat buku pula ialah Joel dan Natalie, dan yang paling berani (dan paling degil) ialah Brandon. Alexis pula seorang yang “manis dan berwawasan”, Joel “tenang dan bijaksana”, Kelsey “pandai berfesyen”, Kenny Jr. “selalu ingin mencuba”, Nathan “penuh tekad”, Brandon “suka bersukan” dan Natalie seorang yang “sukakan kesempurnaan”.

Temu janji romantis setiap minggu

Sponsored Links

Selepas kelahiran septuplets, Bobbi dan Kenny menumpukan seluruh masa mereka untuk 8 anak mereka. Tetapi mereka telah berjanji untuk mencari keseimbangan dan meluangkan masa yang berkualiti antara mereka. Oleh itu, Bobbi dan Kenny memastikan untuk sentiasa makan malam bersama: malam Jumaat telah ditetapkan sebagai “malam temu janji” mereka. Mereka mengambil peluang untuk keluar, menonton wayang atau makan malam sendirian… mereka melakukan apa yang perlu untuk mengekalkan hubungan mereka bersama.

anda mungkin suka ini:

Komen