Antara masalah yang biasa dialami oleh ramai orang adalah masalah nafas berbau. Penyebab pertama dan paling biasa yang membawa kepada masalah ini adalah kebersihan mulut yang tidak baik. Gigi yang tidak dibersihkan dengan betul dan sisa makanan yang tersimpan di dalamnya akan menjadi tempat pembiakan untuk bakteria patogen. Malah, penggunaan gigi palsu juga boleh menyebabkan nafas berbau dan membawa kepada beberapa permasalahan lain:
- penyakit periodontal;
- pereputan gigi;
- pulpitis;
- tartar
Apakah penyebab masalah nafas berbau?

Advertisements
Biasanya, penyebab utama kepada permasalah nafas berbau adalah penyakit ENT. Antaranya seperti laringitis, sinusitis, keradangan rahang, tonsillitis, faringitis, hidung tersumbat, penyakit trakea dan paru-paru. Mulut kering adalah satu lagi gejala biasa bau busuk dari nafas kita. Air liur adalah mekanisme bermanfaat yang telah direka oleh badan kita untuk menghalang bakteria daripada memasuki mulut kita. Apabila kita semakin tua, kelenjar air liur kita kehilangan beberapa fungsinya dan ini membawa kepada pengurangan pengeluaran air liur.
Akibatnya, rongga mulut tidak dapat dibersihkan dengan baiknya cukupnya dan keradangan boleh terbentuk di dalamnya. Selain itu, mulut kering juga mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu atau bercakap terlalu lama. Malah, masalah nafas berbau juga mungkin disebabkan oleh gangguan sistem pencernaan yang berlaku dalam perut kita – gastritis, disbacteriosis dan diskinesia pundi hempedu.
Cara menghilangkan bau mulut

Cara terbaik untuk memulihkan bau nafas anda adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, mengambil langkah pencegahan dan mengawal kesihatan anda. Namun, semua ini memerlukan banyak masa. Jika anda mempunyai janji temu romantis atau mesyuarat penting tidak lama lagi, apakah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan bau mulut ini dengan cepat? Jangan risau! Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya, termasuklah penggunaan beberapa ramuan tradisional dari rumah dan barangan farmasi. Jom baca halaman seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut.
Penyelesaian pantas masalah mulut berbau
Terdapat banyak cara untuk menghentikan nafas berbau dengan segera. Berikut ialah beberapa cara terpantas dan paling mudah untuk menghentikan bau busuk dari mulut anda.
Limau nipis

Kaedah paling mudah adalah dengan mengunyah limau nipis! ia tidak akan menghilangkan bau busuk selama-lamanya, tetapi ia akan menghilangkannya selama beberapa jam. Sekeping lemon atau limau nipis hendaklah dikunyah bersama kulitnya. Kulit limau juga boleh digunakan sebagai langkah mengurangkan bau mulut dan ianya mudah untuk dibawa bersama anda. Masukkan sahaja ke dalam beg tangan atau beg galas anda.
Kopi

Dalam kalangan peminum kopi, anda jarang melihat mereka mempunyai masalah bau mulut. Kafein dikatakan dapat menghapuskan bau nafas yang tidak menyenangkan. Jika anda tidak boleh minum secawan minuman aromatik ini – anda disyorkan untuk mengunyah 3-4 biji kopi (simpannya di dalam poket seluar atau dompet anda ke mana sahaja anda pergi). Kaedah ini dapat membantu menghilangkan bau busuk mulut selama 7-8 jam. Selepas mencuba cara ini, lihat sendiri hasilnya. Mungkin ia berkesan untuk anda.
Sponsored Links
Daun dil atau pasli

Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh mengunyah beberapa tangkai daun dill atau pasli. Daun herba ini bukan sahaja dapat membantu menyegarkan nafas anda selama 8 jam, tetapi juga membersihkan rongga mulut anda bakteria. Malah, setangkai bunga cengkih juga baik untuk bau mulut. Anda hanya perlu mengunyahnya selama beberapa saat. Minyak pati cengkih yang dikeluarkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja akan menyegarkan mulut anda tetapi juga meningkatkan mood anda.
Beri juniper

Anda pernah dengar tentang beri juniper? Beri juniper juga adalah lagi satu remedi yang baik untuk menyembunyikan bau mulut. Anda hanya perlu mengunyah buah beri selama beberapa minit. Anda mungkin tidak pernah tahu apa rupanya. Kalau anda hendak tahu, buahnya kelihatan seperti beri biru. Ia mungkin sukar untuk didapati di kedai runcit berhampiran anda, namun ia ada dijual secara dalam talian seperti di Shopee dan Lazada. Selain membantu menghapuskan bau mulut, ia juga bagus untuk kesihatan keseluruhan anda dengan manfaat nutrien yang diberikannya.
Buah epal

Buah epal juga boleh memerangi masalah mulut berbau ini. Epal boleh menghilangkan plak, membasmi nafas berbau dan membantu memperbaiki sistem penghadaman. Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda disyorkan untuk mengunyah epal dan memasukkannya ke dalam diet harian anda. Selepas beberapa kali mencuba kaedah ini, anda akan perasan yang bau mulut anda akan menjadi bertambah baik secara beransur-ansur.
Kacang pain atau teh propolis

Selain itu, anda juga boleh cuba mengunyah kacang pain atau biji pain panggang selama beberapa minit. Dengan kaedah ini, nafas mulut akan menjadi segar selama 1-2 jam dan kita juga dapat menghilangkan bau bawang putih dan bawang secara berkesan. Jika anda tiada bahan ini di rumah, anda boleh mencuba kaedah mudah yang lagi satu ini. Ambil setengah sudu teh propolis setiap hari. Ia akan membantu menghilangkan bau busuk dan mempercepatkan pertumbuhan semula mukosa di dalam mulut anda.
Garam

Penyelesaian kepada masalah nafas berbau juga membabitkan garam. Ini adalah bahan paling mudah untuk ditemui di rumah anda. Ambil sahaja beberapa sudu garam di dapur dan larutkannya di dalam secawan air kosong. Kemudian, bilas mulut anda dengan cecair garam (atau 0.9% natrium klorida) selama 2-3 minit. Ini dapat menghilangkan bau busuk nafas dan membunuh bakteria di dalam mulut anda. Cuba kaedah ini dan lihat sendiri keberkesanannya. Jika ia berhasil, amalkannya setiap hari.
Cecair kumur mulut

Sponsored Links
Akhir sekali, anda boleh cuba menghilangkan bau busuk mulut anda dengan membeli cecair kumur mulut di farmasi. Cecair ini sangat berkesan untuk mengurangkan bau mulut selama beberapa jam. Ia juga memberi manfaat lain di mana ia membantu menghapuskan bakteria dalam mulut anda. Ada pelbagai jenama yang boleh anda pilih. Sebagai saranan, mulakan dengan membeli botol kecil dahulu. Jika ia berhasil untuk anda, bolehlah anda mendapatkan botol yang lebih besar dan menjadikannya rutin harian. Yang penting, pastikan anda amal cara penjagaan gigi atau amali dental yang betul.
Jom cuba saranan kami agar masalah nafas berbau yang anda alami itu dapat diselesaikan dengan baik!
Komen