WD-40 ialah alat penyembur minyak dan air yang boleh menembusi pelbagai benda. Ia mempunyai kegunaan yang meluas di setiap rumah. Dari pembersihan kepada pelinciran, sehinggalah kepada pembersihan kaca dan sebagainya. Bagi kebanyakan orang yang berpendapat WD-40 hanya sesuai digunakan oleh tukang dan juruteknik, senarai yang kami sediakan ini mungkin boleh membuatkan mereka terkejut! Berikut ialah beberapa cara praktikal di mana WD-40 boleh dimanfaatkan di rumah dan di tempat kerja anda. Mari kita lihat kepelbagaian penggunaan alat yang serba ajaib ini.
1/20 Pembersihan Kasut

Advertisements
WD-40 ialah minyak penyelincir yang lembut, yang menjadikannya bagus untuk kasut kulit. Tompok degil dan kotoran tebal boleh ditanggalkan dengan begitu mudah dengan hanya menyapu sedikit semburan WD-40 pada permukaan berbintik atau yang mempunyai kotoran. Selepas menyembur, anda boleh mengelap kesan kotoran dengan kain lembut. Ia akan menanggalkan kesan degil dengan begitu mudah. Malah, ia turut meningkatkan rupa keseluruhan permukaan dan membuatkan kasut anda kelihatan baharu.
2/20 Melindungi Sangkar Burung

Bagi mereka yang menggemari burung dan ada membela burung di kawasan kejiranan mereka, WD-40 boleh menjadi penyelamat. Pelbagai haiwan, seperti tupai, sering menyelinap ke sangkar burung untuk mencuri makanan daripada burung. Jangan risau! Dengan hanya menyembur WD-40 pada tiang tengah sangkar burung anda, anda boleh anggap yang masalah anda itu telah selesai. Tupai tidak menyukai bau pelincir ini dan akan menjauhkan dirinya dari sangkar dan makanan burung anda!
3/20 Pengilat Sudu Besi

Adakah koleksi barangan dapur anda semakin lusuh? Adakah anda mempunyai barangan perak yang mula berkarat atau telah lama berkarat? WD-40 sudah pasti dapat memberikan penyelesaian untuk anda. Hanya sembur sedikit pelincir ini pada sudu besi anda dengan WD-40 dan lap dengan bersih menggunakan kain lembut yang kering. Ini membantu mengelakkan karat pada sudu anda dan juga menanggalkan kesan lain yang ada padanya. Ini akan menjadikan sudu anda bersinar dan nampak baharu.
4/20 Membersihkan Mangkuk Tandas

Mengapa anda perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pencuci tandas yang mahal, sedangkan apa yang anda perlukan hanyalah WD-40. Dengan sifat pembersihannya yang tinggi, WD-40 adalah semburan yang mudah dan berkesan untuk digunakan apabila anda mahu membersihkan kotoran degil pada mangkuk tandas anda. Hanya sembur WD-40 pada kawasan yang anda ingin bersihkan, kemudian gosok dan bilas. Selepas menggunakan cara ini, anda akan mempunyai tandas yang bersih dan berkilauan!
5/20 Mencairkan Ais

Cara ini mungkin tidak sesuai dengan kita di Malaysia kerana kita tiada musim salji. Namun, kalau anda nak tahu, pelincir WD-40 juga bermanfaat di negara bersalji. Mereka tidak perlu menyimpan pengikis ais di dalam kereta untuk menangani ais. Mereka boleh menangani kereta berais dengan mudah menggunakan WD-40. Ia mempunyai ciri berminyak yang boleh memberi kelebihan pelincir, jadi orang ramai boleh bersiap-sedia dengan menyembur WD-40 pada skrin kereta mereka, untuk mengelakkan ais daripada melekat pada tingkap. Perlu diingat, pandangan yang jelas adalah penting semasa memandu kereta ketika musim sejuk.
6/20 Mencabut Gula-Gula Getah

Gula-gula getah boleh menjadi sesuatu yang sangat menjijikkan jika ia berada di tempat yang salah. Apabila melekat, ia boleh menjadi lebih keras dan melekat pada kasut atau sesuatu yang berharga, contohnya, seluar anda . Untuk membuang gula-gula getah ini sepenuhnya, anda hanya perlu menyemburnya dengan WD-40. Selepas terkena minyak pelincir ini, mudah untuk anda mencabut keluar gula-gula getah ini daripada tapak kasut atau pakaian anda.
7/20 Memadamkan Dakwat Krayon

Dengan sifat organik krayon, WD-40 adalah musuh semulajadi bagi komponennya. Ia membantu menghilangkan contengan krayon pada dinding, perabot dan pelbagai permukaan di rumah anda. Jadi, jika ada antara anak anda yang telah menconteng di dinding rumah anda dengan krayon, tiada masalah! Sembur sahaja minyak pelincir WD-40 pada permukaan tersebut dan lap dengan kain lembut. Anda akan lihat contengan krayon itu semakin pudar dan menghilang dengan mudah.
8/20 Menanggalkan Kotoran

Bilik mandi cenderung untuk mengalami masalah kesan air, jangkitan kulat, kerak kapur dan banyak lagi noda kotoran degil yang lain. Untuk menyingkirkannya, anda boleh menggunakan semburan WD-40 dengan mudah. Dengan cara ini, anda boleh membersihkannya dengan cepat. Semua kotoran air akan hilang seperti magis, anda hanya perlu menyembur WD-40 ke kawasan yang dikehendaki. Gosok dengan sempurna, bilas dengan betul, dan bilik mandi anda akan kelihatan bersih dan berkilauan semula umpama rumah baharu.
9/20 Mengilatkan Gunting

Seperti yang kita sedia maklum, geseran akibat daripada penggunaan berterusan akan menyebabkan kehausan pada mata gunting. Untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan hayat mana-mana mesin, semburkannya dengan kerap dengan WD-40. Ini adalah langkah yang sempurna untuk menyelenggara peralatan anda. WD-40 sebenarnya berfungsi dengan baik untuk membasmi barangan yang telah haus dan lusuh kerana ciri berminyak yang dimilikinya, yang berfungsi sebagai pelincir. Jadi, semburkannya dengan WD-40 untuk memastikan pergerakan lancar bilah gunting, kemudian lap bersih dengan kain lembut.
10/20 Menanggalkan Pelekat Harga

Jika anda pernah cuba menarik pelekat dari kereta anda, anda pasti tahu yang ia boleh menjadi sangat memenatkan. Bukan mudah untuk menanggalkan kesan pelekat yang tersangkut pada kereta anda. Untuk mengeluarkan keseluruhan pelekat dari kereta anda tanpa sebarang sisa dan tiada calar, cuba sembur pelekat di sekeliling pelekat dengan WD-40, kemudian tarik pelekat dengan mudah tanpa sebarang masalah. Permukaan kereta anda akan kekal licin dan tanpa sebarang baki pelekat yang melekat padanya.
Sponsored Links
11/20 Melancarkan Zip

Ada kalanya, kita akan menghadapi masalah membuka zip beg dan bagasi pakaian. Zip mungkin tersekat sepenuhnya di tempat yang kadangkala sangat sukar untuk dicapai, tetapi WD-40 boleh menyelamatkan anda sepenuhnya dalam kes seperti ini. Dengan hanya sedikit semburan WD-40 boleh menghasilkan keajaiban, dan perlahan-lahan, zip pada beg anda akan dapat berfungsi dengan baik semula. Ianya cukup mudah untuk digunakan!
12/20 Menanggalkan Kesan Tumpahan Teh dan Kopi

Anda tahu betapa sukarnya untuk membersihkan kesan tumpahan kopi pada meja di rumah anda. Kesan kotoran kecil ini hanya akan hilang selepas anda menggosoknya dengan kuat. Kini, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada tompokan coklat tersebut. Anda hanya perlu membersihkan kesan degil itu dengan hanya semburan minyak pelincir WD-40. Ia akan hilang sepenuhnya selepas anda menyembur dan mengelapnya dengan kain bersih.
13/20 Memadamkan Kesan Tar

Jika kereta anda dicemari dengan tar arang batu ketika anda melalui jalan tersebut sewaktu orang membuat jalan, WD-40 dapat membantu anda. Ia akan membersihkan semua tar arang batu yang melekat pada kereta anda, sama seperti kesan kotoran yang lain. Dengan hanya sedikit semburan WD-40 ke permukaan yang terkena tar arang batu, anda hanya perlu mengelapnya dengan kain lembut agar ia tidak mencalarkan kereta anda. Kereta anda akan kelihatan baru, bebas daripada kotoran tar arang.
14/20 Menanggalkan Cincin

WD-40 setakat ini diketahui menjadi ejen yang mesra dengan kulit anda. Ianya bersifat lembut dan tidak agresif. Sebagai contoh, anda mungkin menghadapi masalah untuk mengeluarkan cincin anda dari jari anda, atau cincin itu mungkin telah tersangkut pada satu jari anda. Jangan panik! Ianya mudah untuk ditanggalkan. Hanya ambil sahaja WD-40 yang tersimpan di dalam almari rumah anda, sembur pada jari dan cabut cincin dengan mudah. Ianya sangat senang, kan?
15/20 Menanggalkan Kesan Gincu

Gincu ialah aksesori menawan yang menarik dan ramai orang suka memakainya sepanjang masa. Malangnya, ia agak memalukan apabila ia mengotorkan barangan lain seperti pakaian kita. Nasib baik anda memiliki WD-40! Ia boleh digunakan sebagai rawatan pra-basuh kotoran degil yang akan membantu anda mencuci kesan kotor gincu dalam masa yang singkat. Cara menggunakannya adalah, sebelum anda membasuh kain atau barangan tersebut, semburkan sedikit WD-40 ke bahagian yang kotor, kemudian cuci semburan WD-40 itu dan bilas dengan betul.
16/20 Buka Kunci Berkarat

Ada kalanya lubang kunci kita berkarat dan tersekat. Kunci tidak dapat masuk dengan mudah akibat daripada kesan karat ini. Ia mungkin tersekat di tengah-tengah. Jangan risau. WD-40 akan membantu anda memasukkan dan mengeluarkannya dengan mudah. Sembur WD-40 ke dalam lubang kunci, cuba masukkan kunci sebanyak mungkin ke dalam lubang. Jangan lupa juga untuk sembur sedikit pada kunci itu sendiri, dan ulangi cara tadi iaitu memasukkan kunci ke dalam lubang sedikit demi sedikit sehingga kunci masuk sepenuhnya dan berfungsi dengan lancar seperti sedia kala.
17/20 Menyelenggara Pancuran Air

Kepala pancuran mandian mempunyai kecenderungan untuk rosak dari semasa ke semasa disebabkan oleh kakisan. Ini kerana pengoksidaan logam disebabkan oleh air dan pendedahan kepada udara boleh mengakibatkannya untuk berkarat. Untuk mengelakkan kakisan ini, penggunaan WD-40 akan mengurangkan proses pengoksidaan. Bagaimana caranya? Ini kerana WD-40 bertindak sebagai salutan pelindung yang menghalang pengoksidaan selanjutnya daripada berulang dan dengan itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat kepala pancuran mandi anda selama bertahun-tahun.
18/20 Menanggalkan Kulat Dari Peti Sejuk

Adakah anda mengalami masalah peti sejuk berkulat? Jika ya, dapatkan semburan minyak WD-40 kerana ia berkesan untuk menghilangkan kulat. Anda hanya perlu menyapu semburan pada permukaan peti sejuk untuk menghilangkan kulat tersebut. Selepas menanggalkan kesan kulat, biarkannya seketika. Kemudian, bersihkannya dengan kain lembut sebelum membersihkannya sekali lagi dengan air sabun untuk mengeluarkan semua kesan semburan minyak WD-40.
19/20 Menapis Habuk Dari Pendingin Hawa

Penapis pendingin hawa membantu anda menapis udara supaya udara menjadi bersih dan bebas daripada habuk, serpihan dan sebagainya. Tetapi, kalau anda hendak tahu, penapis pendingin hawa juga mudah berkarat melainkan ianya dijaga dengan betul. Apabila anda menyembur sedikit WD-40 pada penapis pendingin hawa di rumah anda, ia membantu mengelakkan karat sebelum dan selepas memasang. Ini akan menjadikan penapis pendingin hawa anda menjadi lebih berkesan dan tahan lebih lama.
20/20 Mengeluarkan Pita Tertinggal

Advertisements
Anda mahu mencabut pita pelekat tetapi mendapatinya sukar untuk dilakukan? Apa yang anda perlu lakukan ialah menyembur sedikit WD-40 pada kawasan yang terjejas dan menanggalkan pita dengan mudah. Malah, sisa-sisa kotoran yang ada padanya juga boleh dikeluarkan dengan menyembur WD-40 pada kain lembut dan menggunakannya untuk menggosok kawasan yang terjejas. Semasa anda menggosok, sisa-sisa pita pelekat itu perlahan-lahan akan bergumpal dan tercabut. Begitulah caranya untuk anda mendapatkan permukaan yang bersih semula.
Kesimpulannya, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya peralatan WD-40 di rumah anda secara mudah dan praktikal. Lain kali apabila anda menghadapi sebarang masalah, WD-40 mungkin satu-satunya jalan penyelesaian yang anda perlukan!
Komen