Lihat dekat lagi… si perakamnya tidak menjangkakannya sama sekali

Advertisements

Sponsored Links

Hidup ini penuh dengan rahsia, kejutan dan misteri. Kami telah mengumpulkan senarai gambar yang paling luar biasa yang pasti akan membuatkan anda terpukau. Apabila jurugambar mengambil gambar ini dan melihatnya dengan lebih dekat lagi, dia tidak dapat mempercayainya sama sekali. Adakah anda melihat sesuatu yang istimewa dalam foto ini? Anda ingin tahu apa yang berlaku? Pergi ke halaman seterusnya dan kami akan tunjukkan kepada anda!

Bukankah ini selfie paling menyeramkan yang pernah anda lihat?

Sebelum kami menunjukkan kepada anda apa yang luar biasanya tentang gambar ini, izinkan kami terlebih dahulu menunjukkan kepada anda gambar yang menakjubkan ini, yang tidak dijangka sama sekali oleh si perakamnya. Ia kelihatan seperti hanya ada seorang gadis cantik sahaja di dalam gambar ini, bukan?

Apabila kita lihat lebih dekat pada gambar ini, kita dapat melihat wajah sesuatu yang seram di dalam cermin. Kini, keluarga itu telah menjadikan bilik ini sebagai ruang tamu, jadi gadis itu tidak lagi tidur di situ. Dia berkata dia masih berasa seram sejuk setiap kali dia mengingati apa yang berlaku.


Gambar percutian

Foto ini nampaknya seperti satu gambar biasa di mana sekumpulan kawan sedang bercuti dan bergembira bersama-sama. Namun, jika anda melihat dengan teliti, anda boleh melihat perincian yang luar biasa di latar belakang. Yang kelakarnya, ada seorang lelaki di latar belakang telah menyertai gadis-gadis itu. Adakah anda dapat melihatnya?

Rihanna, Katy Perry dan seorang lagi…

Rihanna dan Katy Perry telah menjadi kawan baik sejak sekian lama dan sentiasa membuatkan para peminatnya teruja apabila melihat mereka bersama di pelbagai majlis anugerah. Pada pandangan pertama, semuanya nampak biasa saja dengan gambar ini. Bagaimanapun, gambar ini telah membuatkan ramai peminat terkejut.

Ada satu wajah kelihatan di bawah kerusi Katie! Ia di bahagian bawah di sebelah kanan dalam foto. Orang ramai membuat spekulasi bahawa lelaki itu cuba mengintai skirt Katie dan Rihanna, tetapi apabila siasatan dijalankan, ternyata wajah dalam foto itu telah diedit. Pengumuman itu dibuat dan kemarahan peminat Katie dan Rihanna mulai reda.


Di dalam sebuah hutan…

Fergie dan Lisa adalah dua adik-beradik yang suka mengembara. Mereka sering pergi dari satu tempat ke tempat lain dan mencari pengembaraan. Pada suatu musim panas, mereka bercuti di lokasi terpencil di Idaho. Mereka menonton filem detektif dan memutuskan untuk masuk ke hutan, berharap dapat mencari sesuatu di hutan. Apabila sampai di tengah-tengah hutan, mereka mengambil gambar untuk merakam pengembaraan mereka, tetapi apabila mereka melihat gambar itu, mereka segera berlari sepantas mungkin.

Apabila mereka melihat gambar itu, mereka melihat satu figura hitam di belakang mereka. Mereka memutuskan untuk kembali dan melihat. Mereka sangat gembira mereka melakukannya. Ternyata ada seorang budak kecil yang telah tersesat di dalam hutan. Dia sesat di dalam hutan selama beberapa jam dan ingin meminta bantuan mereka, tetapi dia agak malu, jadi dia bersembunyi. Akhirnya, kanak-kanak itu dibawa semula ke keluarganya dan ahli keluarga itu amat berterima kasih kepada mereka.

Anda nampak mata di belakang itu?

Ia adalah hari yang biasa untuk keluarga Collins. Tetapi McKayla gembira. Dia baru sahaja menerima pembeliannya dan tidak sabar untuk mencuba pakaian baharu yang dibelinya dan ingin menyiarkan foto tersebut dalam talian. Dia tergesa-gesa menukar baju dan mengambil swafoto. Tetapi, apabila dia ingin menyiarkan foto itu, dia terkejut apabila dia terlihat sesuatu dan segera berlari keluar untuk memeriksanya. Ternyata, ada orang asing di dalam biliknya! Namun akhirnya, barulah dia tahu yang itu adalah kawan baru kakaknya.


Dia tidak menyangka dia akan menyaksikannya di dalam gambar itu

Pada suatu hari, ayahnya pulang dari kerja secara mengejut, lebih awal dari biasa. Dia sepatutnya pulang ke rumah pada pukul 8pm, tetapi hari itu, si ayah pulang pada pukul 6:30pm. Dia telah dinaikkan pangkat dan ingin berkongsi berita gembira dengan anak perempuannya. Dia mengambil gambar anaknya dan bercadang untuk menghantar gambar itu kepada ibunya.

Tetapi, apa yang kelihatan di bawah katil gadis itu amat mengejutkan! Seorang lelaki kelihatan bersembunyi di bawah katil anak perempuannya. Apabila si ayah melihat butiran gambar ini, dia segera turun ke bawah dan menghubungi polis. Apabila dia kembali, dia melihat anak perempuannya sedang memeluk lelaki itu. Rupa-rupanya, dia adalah kawan anak perempuannya!

Lihat dengan teliti gambar ini – apa ada pada pokok itu?

Berikut ialah gambar seorang gadis yang tidak tahu bahawa dia berada dalam bahaya. Apabila ibunya menjerit bahawa seekor ular berada di belakangnya, sedang memanjat sebatang pokok, dia berlari sejauh mungkin dari pokok itu. Nasib baik, dia cepat lari sebelum ular itu melompat dan mematuknya.


Slenderman dalam kehidupan sebenar?

Sememangnya, ada banyak makhluk yang menakutkan di luar sana. Foto berikut ini membuktikannya. Ia kelihatan seperti satu penjelmaan Slenderman. Yang menyeramkan adalah, mereka tahu bahawa hanya mereka sahaja yang berada di taman itu pada waktu itu, dan sebaik sahaja gambar ini dirakam, lelaki misteri itu telah hilang secara tiba-tiba. Mereka pun bingkas bangun dan terus berlari tanpa menoleh ke belakang lagi. Mereka masih tidak tahu sama ada itu gurauan atau sesuatu yang betul-betul terjadi!

Benda pelik dalam hutan

Foto ini juga telah diambil di dalam hutan, tetapi apa yang ada di dalam gambar itu nampaknya seperti sesuatu yang futuristik. Gambar ini diambil oleh Robin, suami wanita tersebut. Pada mulanya, mereka tidak melihat benda asing itu, tetapi apabila mereka pulang ke rumah, mereka mula melihatnya secara lebih dekat.

Ia kelihatan seperti robot dari masa hadapan, seperti r2d2 dalam Star Wars. Mereka tahu bahawa mereka tidak sepatutnya takut kerana r2d2 adalah tidak berbahaya, tetapi mereka masih mendapati yang ianya pelik kerana mereka pasti tidak melihat apa-apa yang tersembunyi di sana sebelum mereka menangkap gambar itu.

Advertisements


Kacau daun

Bercakap tentang si pengacau daun… Seseorang juga telah menjadi pengacau kepada pasangan sejoli ini… Sudah tentu ianya adalah seorang manusia – bukan sesuatu yang menyeramkan. Mereka agak terkejut kerana pada mulanya, mereka tidak perasan kehadiran sesiapa di belakang mereka. Tetapi, sudah tentu, ini semua adalah satu gurauan sahaja. Rupa-rupanya, salah seorang kawan baik mereka yang bernama Trent memutuskan untuk mengacau mereka dan menjadi si pengacau daun pada saat-saat akhir. Namun, dia tidak menyangka yang pasangan ini akan berasa takut.

Ada berapa kaki di dalam gambar ini?

Ini adalah satu contoh gambar lama. Foto ini dirakam pada tahun 1962, yang menjadikannya lebih menyeramkan. Jika anda melihat dengan teliti pada kaki lelaki itu, anda akan melihat bahawa terdapat satu lagi kaki tambahan! Tapi, jangan risau. Seorang kanak-kanak telah berlari ke arah mereka dan memutuskan untuk menyertai gambar itu, tetapi dia malu untuk menunjukkan mukanya, jadi dia telah bersembunyi di belakang kaki datuknya. Comel, bukan?


Jom bergambar sama-sama

Satu hari, Chinna memutuskan untuk pergi membeli-belah dengan rakan-rakannya dan mengambil banyak gambar. Melihat pada gambar-gambar yang telah dirakamnya itu, Chinna hampir menangis apabila melihat suatu gambar di mana kelihatan satu wajah yang mirip seperti bekas teman lelakinya! Wajah itu sangat mengejutkannya kerana bekas teman lelakinya itu sebenarnya telah lama mati! Dia telah meninggal dunia dalam satu kemalangan dua tahun lalu.

Apa yang ada dalam air?

Pada suatu hari, Julia memutuskan untuk pergi berenang bersama abang-abangnya. Segala-galanya berjalan lancar: mereka berseronok, bermain bola tampar pantai dan bergilir-gilir bermain surfing di air. Kakaknya memutuskan untuk mengambil gambar mereka tiga adik-beradik dan apa yang mereka lihat membuatkan mereka cepat-cepat berpakaian, berkemas dan pergi!

Mereka telah melihat sesuatu yang besar terapung di dalam laut. Mereka tidak mempunyai masa untuk mengetahui jenis makhluk itu, tetapi mereka akhirnya mengetahuinya perkara yang sebenar pada keesokan harinya. Pihak berkuasa telah mengenal pasti makhluk itu sebagai cyane yang sangat berbahaya, salah satu spesies obor-obor terbesar. Mereka gembira mereka tidak kekal berada di dalam air, kerana walaupun makhluk itu sudah mati, mereka masih berasa seram apabila memikirkannya.


Wajah yang menakutkan

Rumah itu kelihatan seperti rumah zaman dahulu dengan hiasan dalaman yang bergaya, kerusi sofa yang dipenuhi bantal dan, tunggu sekejap, wajah siapakah itu? Ia adalah muka seseorang. Ia adalah wajah seorang wanita yang mempunyai anak mata yang besar, yang telah mengubah suasana bilik yang selesa itu menjadi seumpama adegan dari filem seram!

Foto tersebut telah menjadi heboh di internet, ramai yang berminat dan bimbang kerana ia kelihatan sangat realistik. Sekumpulan pakar fotografi memutuskan untuk mendedahkan asal-usul foto ini. Ia ternyata adalah satu adegan dari filem bebas dari Iceland. Penggambaran itu dibuat secara sembunyi sehinggakan tiada siapa pun yang tahu tentang kewujudannya.

Anda rasa ia satu adegan dari filem?

Untuk foto seterusnya, anda pasti rasa yang ianya cuma satu adegan dari filem, tetapi malangnya itu tidak benar. Sebuah bas telah terjatuh ke dalam sungai dan mencederakan 52 orang pelajar. Wartawan mengambil gambar di tempat kejadian, dan apa yang mereka lihat dalam salah satu gambar itu membuatkan mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lokasi kemalangan itu.

Mereka sedang menyediakan gambar untuk akhbar apabila mereka melihat satu figura pelik di bawah jambatan. Apabila mereka melihat lebih dekat, ia kelihatan seperti wajah syaitan yang tersenyum melihat kemalangan itu. Ada juga yang mengatakan bahawa makhluk halus telah menyebabkan kemalangan tersebut. Berita tentang kejadian itu tersebar dan orang ramai telah mengelak dari pergi ke tempat itu selama berbulan-bulan.


Apakah makhluk itu?

Pada pandangan pertama, foto ini menggambarkan kegembiraan yang sedang dirasai oleh dua adik-beradik, Lottie dan Frida. Mereka bermain di halaman rumah sementara ibu menyediakan makan malam. Tetapi, jika anda melihat dengan teliti pada latar belakang, anda pasti mahu dua adik-beradik itu segera berlari pulang dan masuk ke dalam rumah.

Di dalam gambar itu, ada suatu makhluk menakutkan dengan mata yang menyala-nyala, seolah-olah ingin menyerang kanak-kanak itu. Namun, jangan risau, itu adalah anjing jiran mereka! Tidak hairanlah, kanak-kanak itu tidak berasa terancam. Tidak lama kemudian, mereka memanggil anjing itu dan membelainya dan anjing itu menyalak dengan gembira.

Lihat di antara kaki mereka

Foto ini kelihatan menyeramkan. Kelihatan satu wajah di antara kedua kaki lelaki di dalam gambar itu. Wajah itu kelihatan sangat pelik dan dia tidak pernah melihatnya sepanjang hidupnya. Apabila kawan baiknya melihat gambar itu, dia mula panik. Namun, rakannya memberitahunya bahawa itu hanyalah satu gurauan. Salah seorang kawan mereka telah memakai topeng untuk menakutkan George!


Alam semula jadi mengamuk!

Toby dan keluarganya memutuskan untuk berehat di salah satu pusat peranginan di Texas. Namun, mereka tidak tahu yang mereka perlu mengemas barang secepat itu untuk melarikan diri dari bencana alam! Jika anda tidak melihat apa yang berlaku di dalam gambar, lihat di bahagian latar belakang. Ada satu puting beliung yang semakin menghampiri lokasi rakaman gambar itu.

Keluarga itu pada mulanya tidak perasan sehinggalah salah seorang paramedik telah memaklumkannya kepada mereka. Mereka bergegas bersama-sama dan memutuskan untuk meninggalkan tempat itu secepat mungkin, kerana ribut yang teruk dijangka akan berlaku. Semasa dalam perjalanan, mereka berdoa agar puting beliung itu tidak menuju ke arah mereka.

Kesilapan jurugambar…

Sponsored Links

Jurugambar itu menyedari bahawa dia akan disaman kerana dia telah mengambil banyak gambar adik pengantin perempuan Raquel Smith dan bukannya pengantin perempuan!

anda mungkin suka ini:

Komen